<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7839187656246343072?origin\x3dhttp://bubufairytale.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




Thanks SyeeraRadzi :')

Thursday, July 12, 2012 / 8:13 AM






Assalammualaikum , sekali lagi aku menaip di entry ni dengan sebuah cerita yang buat aku sedar dan menitiskan air mata . Tittle entry ni --> Thanks SyeeraRadzi :') . Aku nak berterima kasih kepada dia kerana karang sebuah cerita yang betul-betul buat orang menangis & sedar .

Beginilah kisahnya :


Hari-hari berlalu pergi. Tiap saat, tiap detik aku didera. Aku dicaci, dihina, dipukul. Allahu rabbi, aku terpaksa kuat. Sabar. Kata ibu, syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Maka aku turutinya. Kehidupan, sesudah kelahiranku. Aku sangkakan semuanya berjalan dengan lancar. Keceriaan sentiasa menyinari hidupku. Alangkah syurganya, jika hidup aku dipenuhi dengan kasih sayang ibu. Itu susah cukup bagimu. Lebih dari sempurna. Lebih dari yang aku jangkakan. Malangnya, airmata peneman tidurku. Memikirkan segala dugaan.

"Ya Allah, besar sangatkah dosaku padamu? Apa salahku ya Allah? :'(" aku bermonolog.

Ibu...... seindah namanya. Suatu hari.

"Zuraaa!! Sini kau!!!!! Baju ni bila nak basuh?!! Kalau tak aku yang kutip kau dekat tepi jalan, dah lama kau mati! Jangan harap kau nak hidup mcm sekarang. Baru buat kerja sikit, dah penat!!!!! Kemas rumah cepat!!! Aku nak buat parti nanti!"

Aku diam. Hanya diam. Setitik demi setitik airmata ku berderai membasahi baju kotor tersebut. Aku sudah biasa dengan itu semua. Terlalu lali.

"Allahu akbar....allahu akbar... ashhaduallahilahailallah......" azan maghrib berkumandang. Menandakan bahawa masuknya waktu solat untuk fardhu maghrib. Aku bergegas meniggalkan pinggan-pinggan didapur. Dahulukan apa yang patut. Sesudah aku menyarung telekung......sangat indah apabila memakainya.

Ditendangnya pintu bilik ku. "Zura!!!!!! Kau buat apa ni lagi!!! Dah takreti ke nak tolong aku siap-siapkan persediaan parti tu nanti!! Anak tak sedar diuntung. Makan aku bagi, pakai aku bagi. Tu pinggan siapa nak cuci?! Aku?!!"
Lantas telekung ku dicabutnya. Aku dipukul, dipaksa untuk menyiapkan parti ibuku agar apabila kawan kawan ibu datang, segalanya sudah tersedia dan siap.

Jam menunjukkan tepat pukul 7.45pm. Terdetik tatkala memandang jam yang seolah-olah memberiku klu.

"Masih sempat kalau nak solat ni. Baik cepat cepat, sebelum ibu balik dari kedai!" sambungku bermonolog.

Tiba-tiba, terdengar suara menjerit memanggilku. Dihempasnya pintu bilikku! "Ya Allah, apalagi ibu nak buat dekat aku ni ya Allah. Kenapa banyak sangat dugaan yang menimpa aku :'(" tak sanggup dia bertahan. "Woi anak pungut! Pakai baju ni. Aku nak kau siap sekarang! Kejap lagi kawan kawan aku datang, aku nk kau layan je apa dieorang nak. Pastikan kau jgn timbulkan masalah! Faham?!!!"

"Ibuuuuuuuuu!!!! Zura taknak pakai baju ni!!!!!"
"Kau melawan cakap aku eh!!!!! Pakai sekarang!!!!"
"Ibu tolong ibu........:'( Zura taknak pakai baju ni bu!!!!! Zura sanggup duduk dlm bilik ni je bu, Zura janji Zura tak buat bising bu. Tolong bu....."

Ibu berkeras. Aku diugut. Aku tiada sesiapa lagi, hanya ibu yang aku ada. Walau seterukmana pun ibu, aku tetap sayang dia. Macam ibu aku sendiri...... Aku dipaksa, dan aku turuti. Aku hanya berdoa, berharap agar ibu sedar akan dosa-dosa yang dia dah buat. Aku terduduk diam. Memikirkan berapa banyak dosa yang aku telah buat. Mendedahkan kau, terjerumus didalam ambang kemaksiatan.....

"Ya Allah, ya Tuhanku.........ampunilah dosa hambaMu yang kerdil ini ya Allah :'("

Aku hanya tawakal. Berserah kepada Allah. Allah maha mengetahui, lagi maha penyayang. Dia pasti mendengar rayuan hatiku ini. Aku dipaksa...................

Suatu malam...

Jam memnunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku tersedar daripada kematian sementaraku. Lantas aku bergegas mengambil wuduk. Nyaman dan segar rasanya. Lalu, ku membuat solat tahajjud diikuti dengan solat solat sunat yang lain.....

"Bismillahhirrahmanirrahim....ya Allah ya Tuhanku, aku berlutut padaMu, serendah rendah diriku ya Allah. Kau bukakanlah hati ibuku untuk menerimaku ya Allah. Hanya dia yang aku ada. Hanya dia yang aku sayang. Aku bersujud padaMu ya Allah, menadah tangan memohon keampunanMu ya Allah. Bukalah iman hati ibuku ya Allah, aku sangat menyayanginya........sangat. Lebih dari segala apa yang aku ada. Biarlah hidupku dilauti dengan cacian, makian, daripada nya. Aku berserah padamu ya Allah....................."

Aku merasakan bahawa, ada seseorang sedang perhatikan ku. Lantasku menghabiskan doa-doaku. "rabbana atina fidhunya hasanah. waffil akhirati hasanah, waqina 'azabannar" Aku memalingkan mukaku kebelakang....

"Oh ibu rupanya! Maaf ibu, Zura tak perasan ibu kat pintu tadi"

Lekasku pergi kepada ibu, yang tampaknya tidak putus putus airmatanya mengalir. Membanjiri pipinya yang gebu dan putih itu. Ibu berkata "Zura, maafkan ibu kerana selama ini ibu bersikap kurang ajar dengan kamu. Ibu abaikan kamu. Izinkan ibu pergi, ibu tak layak jadi ibu Zura. Ibu, ibu yang jahat. Maafkan Zuraa ibu ;'("

Tiba-tiba, bayangan ibunya hilang.

Aku mencari-cari ibu ku tadi. Berlari menuruni tangga, "Astaghfirullah hal'azim....!!! IBUUUU!!!!"
Ibunya meninggal, akibat pendarahan yang terlalu banyak punca daripada terlanggar bucu meja ketika dia dalam keadaan yang memabukkan. Ya Allah........................................

“Orang-orang yang mengerjakan kejahatan kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-A’raf: 153).

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba, selama nyawanya belum sampai di kerongkongan.” (HR. At-Tirmidzi)

Bertaubatlah sebelum terlambat.

Syeera , thanks sebab create story macam tu :') betul-betul sayu malah memberi kesedaran kepada saya dan ramai lagi . Lepas ni please create lagi kisah macam tu , pasti ramai yang menanti kisah sebegitu lagi ,

copy paste story from SyeeraRadzi's blog :)
sekian , wasalam

0
Post a Comment



TWITTER
By: Luana A