Aku menangis bukan kerana seorang lelaki
sebaliknya aku menangis kerana sebuah keluarga yang aku sayang sangat
sampaikan aku sanggup beralah demi yang lain .
Walaupun aku mempunyai keluarga yang harmoni ceria tapi disebalik keceriaan itu
terselit rasa sedih , kecewa dengan sikap adik beradik & ibubapa .
Hidup ini memang tersedia ada cabarannya .
Dugaan yang muncul bukan sikit tapi banyak .
Takdir kita , Adakah Allah swt yang tentukan ??
Macam mana kalau Dia tentukan hidup seseorang tu takkan berjaya sampai bila-bila ?
Macam mana ?
Memang manusia akan cakap yang ALLAH itu TAK ADIL .
Tapi kalau kalau maksud nama seseorang itu bermaksud tidak membawa kejayaan atau malang buat selamanya ?? Apakah maksudnya?
Allah SWT , Kau yang mencipta ADAM & HAWA .
Dan kami inilah para makhlukmu di muka bumi ini , Ya Allah
Kami lah penghuni muka bumiMu ini , Ya Allah
Sekiranya takdir kami Kau tentukan begitu ,
Tidakkah Kau mengecewakan kami semua , Ya Allah ?
Siang malam aku berdoa agar aku dapat sambung belajar ,
tapi aku sendiri paham yang rezeki bukan datang sepantas kilat !
Ianya perlukan usaha , doa dan keazaman !
Tapi aku hanya mampu berdoa dan usaha , KEAZAMANku ?
Setiap tahun baru mesti buat azam baru tapi azam tahun sebelum ini tetap tak jalankan !
Aku ketepikan KEAZAMANku itu ,
Aku hanya mampu berdoa & usaha .
Air mata yang mengalir itu bukanlah demi seorang lelaki yang tak tahu erti HARGAI .
tetapi air mata itu demi keluarga dan diri sendiri ,
Kalau menangis demi lelaki , itu hanyalah sayangkan CINTA .
Kerana cinta , manusia berubah tetapi itu salah sebaliknya
Kerana Allah manusia perlu berubah ,
Yang memilih jalan yg salah perlu kembali ke jalan yg benar .
Allah itu Maha Adil ,
semenjak kita di dalam kandungan ibu kita lagi ,
Dia sudah tentukan baik buruk untuk kita .
Aku hanya kembali kepadaMU , Ya Allah
Kuatkanlah imanku , ampunkanlah dosaku
sekiranya aku pernah berbuat dosa ,
Ampunilah aku sekiranya aku pernah bersikap kurang ajar dengan kedua ibubapaku .
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
Wasalam ,