<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7839187656246343072\x26blogName\x3dAR\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bubufairytale.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bubufairytale.blogspot.com/\x26vt\x3d-836617094288998187', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




HERO

Saturday, November 2, 2013 / 10:32 AM




Assalammualaikum , nak update lah sebab terbaca nih hah kat FB , pasal kucing yg bernama HERO . Kisah kucing nih memang tragis , sedih sangat , Aku sebagai pencinta kucing memang menangis lah sebab kucing , bayangkan , sanggup manusia potong tangan kucing hidup-hidup ? Sanggup kan ? Manusia memang tak pernah kenal erti kesian , kasihan terhadap haiwan . Kadang-kadang kalau gi kedai makan , ada saja kucing yang datang nak menengek mintak makanan , aku bagi sajalah walaupun Mak & Abah marah aku sebab takut tuan kedai marah pulak sebab kotorkan kawasan kedai dia , Tapi disebabkan kesian , bagi saja lah tambah pulak makanan tu ada lebih , baik aku bagi kat kucing tu . Kan ? Ada jugak manusia dalam kampung aku nih sanggup dia pukul anjing liar yang berkeliaran dalam kampung aku tu , dah tu gi tanam pulak dekat kawasan kubur Islam kat belakang kampung , tapi yang aku dengar orang cakap dia tanam anjing tu hidup-hidup . anjing tu berwarna hitam sebab anjing tu pernah datang kat rumah aku yelah dia dengan kawan dia baru keluar dari hutan , nampak macam rusa masuk kampung lah kan , kesian anjing tuu , Dah lah rakam , ada bahan bukti pulak tu , lagi satu , perlu ka manusia rejam musang yang hidup tu dalam air sampai musang tu lemas ? Musang tu bukannya kecik , musang tu macam kucing saiznya , kan ? Manusia zaman sekarang nih dah tak kira dah , semua yang tak baik , tak elok semua nak bunuh ! Paham sajalah , pasal kes rompak bank AMBANK tu ? Tak ada belas kasihan dah , sesuka hati ja tembak sebab gelabah barang kali , Grghh ! Teruk sangat ,

Panjangnya kisah , tapi nak share kisah HERO dekat blog aku :)
HERO , memang HERO sebenarnya . Syukur Alhamdulillah , Allah sayangkan Hero dan bagi orang jaga makan minum Hero . Hero lah yang terbaik :')




Kisah Tragis Seekor Kucing bernama - HERO


Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki depannya oleh “seekor manusia” (atau layakkah digelar manusia) kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran

Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Korang boleh bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu.

Sedangkan jari kita terluka terkena pisau pun, pedihnya sampai tak karuan seketika, inikan pula dipotong kakinya dalam keadaan hidup-hidup.

Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh.

Kini setelah 6 tahun berlalu, kucing yang diberi nama Hero itu telah pulih sepenuhnya. Hero mampu berjalan dan melompat walaupun kudung kedua kaki depannya. Melihat ketabahan Hero, timbul rasa simpati. Sampai hati betul “seekor manusia” itu sanggup memotong kaki Hero. 


Wasalam . :'(

Labels:


0
Post a Comment



TWITTER
By: Luana A