Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu
di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar
motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah
satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa
meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan
sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci
minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan
di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi
baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian
saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur
sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari
melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan
sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan
dengar orang mengumpat.