Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan
teladan.
Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di
rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan
menantunya.
Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suami mu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidup mu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan
lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suami mu balik, sampaikan salam ku padanya. Katakan
padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan
isterinya).
Menantu: Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus
menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapan mu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepada mu serta
meminta kamu menukarkan tiang pintu rumah mu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayah ku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang
kembalilah kau kepada keluarga mu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak
bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula
mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi
Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya.
Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak
mengenali.
Nabi Ibrahim: Di mana suami mu?
Menantu: Dia tiada di rumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidup mu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam
kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa
yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhan ku! Berkatilah mereka dalam makan
minum mereka.
(Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan
mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suami mu pulang,
sampaikan salam ku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
(sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya
sekiranya sesiapa datang mencarinya.
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya seperti mu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapan mu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang
kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam buat mu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang
pintu rumah mu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayah ku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah diri mu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur.
Kesimpulannya:-
1- Menjadi kewajipan isteri tidak menceritakan keaiban rumahtangga kpd org luar
walaupun kpd keluarganya sendiri (bapa mertuanya).
2- Isteri hendaklah bersyukur dan menerima kemampuan suami seadanya.
3- Mulut adalah kelemahan wanita. Wanita mestilah berhati-hati & menjaganya
dengan baik.